Sunday, 20 January 2013

Sakit itu penghapus dosa kecil ^^

Posted by Unknown at 01:18 0 comments
Assalamualaikum...

Kita sebagai hamba ALLAH yang menumpang kat muka bumi nie hanya menunggu masa untuk kembali ke tempat asal kita yang kekal abadi.. kita xtahu bila kita akan pergi, hanya persediaan yang cukup perlu dibawa ke sana..

Hari nie terasa sedikit tersiksa, tu baru sikit ujian yang tuhan bagi, ada orang lain ada yang lagi sakit dari kita.... :) jadi bersyukur la kan.. harap dengan izin ALLAH dapat cepat sembuh seperti sedia kala.. orang mampu melihat senyuman di bibir kita bukan sakit di hati kita... ada sesetengah perkara tidak perlu di kongsi dengan orang lain, hanya kita yang faham dan yang mampu tanggung... :)

Semoga Tuhan memberi kita perlindungan dunia akhirat... sakit penghapus dosa kecil kita.. Mungkin dengan ingat begitu dapat meringankan sedikit sakit yang kita alami :)

Kepada yang sihat, jagalah kesihatan sebelum terlambat ok ??? Sekian sahaja.. *sakit2 pon sempat lagi*

Wasalam..

Friday, 18 January 2013

Take it OR Leave it....

Posted by Unknown at 04:14 0 comments
Assalamualaikum....

Entry kali nie juz mahu meluahkan pandangan or meluahkan perasaan *perasaan?* Kadang-kadang dalam hidup kita pelbagai dugaan yang tidak dijangka akan menyapa.... Terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapinya... tapi ingat, setiap masalah ada penyelesaiannya...so think positif ^_^ ...

Bila ada suatu ketika we really need someone tapi dia xda... mesti kita rasa down sgt2 kan... kadang-kadang kita xtahu kehadiran kita ni disukai atau pun tidak oleh pihak yang terlibat... Pernah juga terpikir mungkin lebih baik jauhkan diri saja sebab mungkin itu yang terbaik... Hidup nie penuh dengan teka-teki,silap langkah musnah semuanya..

Kita hanya manusia biasa yang xlepas dari melakukan kesilapan... Kita xmahu orang lain terpaksa menanggung sama akibat dari kesalahan yang kita buat... Ada ketika kita terfikir untuk pergi jauh dari hidup seseorang itu demi kebaikan dia..kita merasakan dia akan lebih baik tanpa kita.. Of course kita xnak orang lain jadi hanyut,rosak sebab kita kan ? Mesti kita berasa bersalah sangat2.. Dengan mengambil jalan macam tu mungkin yang terbaik even ada pihak yang terluka..

But think for the future...jika itu lebih baik untuk masa depan dia dan keluarga dia... Hanya kita yang faham diri kita macammana..serapat mana pon seseorang tu ngan kita, kita yang lebih faham... So, sometimes kita perlu mengambil langkah yang mungkin akan menyakitkan diri kita sendiri BUT akan jadi terbaik untuk orang lain... pengorbanan itu perlu... Tak semua orang akan berfikiran sebegini tapi ini juz sebagai pandangan..

So, ape pon yang berlaku dalam hidup, fikir baik2 ape yang terbaik and juz do it... ALLAH with us.. insyaALLAH...

Wasalam.. :)

Friday, 28 December 2012

TINGGINYA SIFAT KASIH SAYANG RASULULLAH

Posted by Unknown at 17:09 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Pagi nie saya nak berkongsi sedikit tentang junjungan mulia kita iaitu Rasulullah SAW.. Semoga sedikit sebanyak dapat menyuci rohani kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.
1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.
2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.
3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”
4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”
5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”
6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.
7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”
8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.
9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.
10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”
Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”
Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.
Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”
Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”
Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).
11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.
12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.
13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.
14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu.
Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”

Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.
17. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”
18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebutcepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.
19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”
20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”
INILAH sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW, model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam.

Wasalam...

Kahwin awal? hmmm.....

Posted by Unknown at 09:35 4 comments
Assalamualaikum....

Tibe-tibe malam nie datang mood nak menulis,hahahaha... hari nie terjadi satu perbincangan yang tidak ku duga dengan family aku..pasal kahwin....fuhhh !!!! 

Nabi bersabda,antara 3 perkara yang perlu dipercepatkan ialah :

   a) solat diawal waktu
   b)percepatkan pengebumian jenazah
   c) jika ada yang sudah berkenan dengan anak gadis maka kahwin kan lah

jadi, segerakanlah pernikahan... "Sesungguhnya perkahwinan itu hubungan yang sgt suci dan mendapat ganjaran pahala ibadah yang besar drp Allah swt .."

Dalam kes saya nie,memg sudah ada calonnya...kalau boleh memang ingin percepatkan..tapi sedia maklum,kahwin bukan soal main2...melibatkan soal tanggungjawab..sebelum berkahwin , kita kena nilai diri kita dahulu, adakah kita betul-betul sudah bersedia? even nikah gantung sekali pun... 

Mula-mula bincang memang excited,xsangka family bagi green light,hik3.... bersyukur sangat-sangat.. tapi bila pikirkan balik besarnyer tanggungjawab dalam sebuah pernikahan, aku ambil keputusan untuk kami masing2 perbaiki ape yang perlu demi masa depan kami.. Harapannya semoga hubungan nie terus terpelihara... Semoga kami dapat hidup sebagai pasangan yang sah dan mendapat berkat dari ALLAH SWT.. insyaALLAH....

JADI,kesimpulannya, elok ke x kahwin awal nie? heee... semua tu bergantung pada niat kita... benda baik memang elok dipercepatkan tetapi tengok kepada kemampuan individu itu sendiri.. Semoga hidup kita semua mendapat barakah daripada NYA... 

Berharap hubungan kami segera menjadi halal di sisi agama dan mendapat berkat Ilahi... selain itu jangan lupa, restu ibu bapa juga penting :)

Doakan agar kami mencapai kebahagian yang abadi dan diberkati... amin...

Wasalam...

Sunday, 23 December 2012

23.12.2012 ^__^

Posted by Unknown at 04:55 1 comments
Assalamualaikum....

23.12.2012....even penat tapi happy sangat...why? sebab dapat kuar jalan-jalan..hehehehe... x plan pon nak kuar,mula2 ajak-ajak ayam jer..xtahu plak ada orang sanggup nak jadi driver..heee..tq awak sebab bawak saya jalan2...bukan pi mane pon, setakat makan KFC jer,huk3...ok la kan, hilangkan stress seketika..

Hari ni jugak la perut aku nie betul-betul full,ape tidaknyer..tengahari dah tibai nasi ngan ikan keli,petang tu pekena KFC plak,makan jela....hahahaa...

Lepas tu pi Billion sat beli stok makanan,huhu...and then makan aiskrim...nyum3....hehehe.... Nampak x banyak mana saya makan XD.... hahahaha....

Hari ni jugak la kawan baik aku balik kampung...sob3...sedih xdapat balik kampung...tapi memikirkan exam yg bakal tiba,ku tabahkan jua hati nie,huhu...hanya mampu ku iringi dengan doa......hik3...

Ape pon,hari nie kenangan manis jugak la....even penat giler2,huhu... Harap mental dan emosi terus stabil untuk meneruskan perjuangan minggu depan...chaiyokk !!!

Wasalam...

Friday, 21 December 2012

Nasi Lemak, Murtabak, Coconut Shake, Keropok Lekor..

Posted by Unknown at 02:52 0 comments
Assalamualaikum....

Setelah berhempas pulas menyiapkan assignment semalaman, akhirnya terasa sedikit kelapangan... So, apa kaitan ngan tajuk entri kali nie... haaa.... kaitan die hari ni ada pasar malam kat kolej kediaman saya.. Sempena meraikan assignment yang telah habis di pulun, ini lah penangannya.... Nasi Lemak, Murtabak, Coconut Shake, Keropok Lekor..hahaha XD ...

Memang betul-betul melantak la kan...lepaskan niat orang kata.... Makan pon dah macam nie, memang xda peluang la nak kurus,hahaha.. Tapi xpelah, masa sihat nie makan jela selagi boleh makan. (ayat pasrah)..

So, selamat menjamu selera la yer semua...wink2....jangan membazir,membazir itu amalan syaitan :)

Wasalam...

Thursday, 20 December 2012

FINAL EXAM vs BALIK KAMPUNG

Posted by Unknown at 21:08 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamualaikum....

Alhamdulillah...hari nie hari last kuliah untuk sesi semester 3 2011/2012 .... tersangat lega.. tapi dalam masa yang sama terpaksa berjuang ntuk final yang bakal menyapa seminggu jer lagi... semoga kami semua, calon2 final exam nih dipermudahkan segala urusan...semoga dapat menjawab final nanty dengan tenang... InsyaALLAH...

So,besok start la minggu study week kami selama seminggu...seperti biasa,ramai student yang mengambil peluang nie untuk balik kampung masing-masing.. saya? stay di sini saja,hehe... (kalau balik xjadi study week).

Masa yang ada seminggu nie harap dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk menghadapi final...doa2 kalian amat diharapkan...mood sekarang bercampur baur.. FINAL EXAM vs BALIK KAMPUNG....tapi sabar jela..hihi...naty dapat balik jugak tu.. (ayat sedapkan hati).

So,lastly untuk kali ini...semoga dapat jawab final dengan sukses..ooyeahh !!! insyaALLAH.. :)

wasalam... 

Gadis desa.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal